No Purple No Life ?

Friday, April 15, 2011

Adab Mendengar Azan


Wah ! dah lamo bebenor dah tak bukak blog ni . hihi

Hari ni sy nak kongsi sikit tentang ADAB MENDENGAR AZAN .



Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya

yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa

kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat

berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik

mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

"Hendaklah

kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah

akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan

diri,

jangan berkata apa-apa pun semasa azan

berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib

menghormati azan , Banyak fadhilatnya .

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah

akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan

kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita

tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang

mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika

nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan

syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama

menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah

ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian

yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."

semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..



0 comments:

Post a Comment

nak komen ye..silekan..jangan malu2