Friday, June 22, 2012

Si Ummu Hurairah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ..


Telah kita ketahui bahawa Abu Hurairah ialah Bapa Kucing. Hari ini nak cerita sikit pasal Ummu Hurairah iaitu Ibu Kucing.


  Gelaran bagi Meksya ialah Ummu Hurairah kerana dia amat meminati kucing dan sayang akan kucingnya. Tiada siapa pun boleh memarahi kucingnya walaupun kucingnya membuat salah, walhal jentik telinga kucing pun tak boleh. Meksya bersekolah petang dan sepanjang pagi hanya kucing-kucingnya sahaja menemaninya dia dirumah. Dia membelai kucingnya dengan 'penuh' kasih sayang. Kikiki


  Meksya mempunyai dua ekor kucing yang bernama Tompok dan Kechek.


*Tompok


*Kechek


  Tompok dan Kechek amat suka bergaduh. Dalam satu hari tidak bergaduh memang tidak sah. Apabila Tompok bergaduh, semestinya Tompok yang akan menang dan Kechek akan melarikan diri serta menyorok dibawah sofa, bawah almari dll. Bila sahaja Tompok dan Kechek bergaduh, Meksya tidak akan memarahi Tompok yang bengis itu tetapi menggosok Tompok dan menasihati Tompok agar jangan berbuat bergaduh lagi. Usaha Meksya dalam menasihati Tompok umpama mencurahkan air ke daun keladi sahaja. Tompok tidak menghiraukannya. Kechek hanya mampu bersabar dengan tuannya yang selalu memenangkan Tompok. 

  Berkat kesabaran Kechek, nak dijadikan cerita, pada suatu hari yang tenang, burung-burung berkicauan. Bau tahi kambing dan sebagainya. haha. Erkk.. Tompok dengan bengis datang dekat Kechek lalu bergaduh. Kechek yang ingin lari, dihalang oleh Meksya. Meksya yang melihat kejadian itu, menepuk belakang Tompok dengan kuat dan memarahi Tompok tanpa disangka-sangka. Kechek yang berada ditepi Meksya dengan pantas menampar muka Tompok. Tompok yang tergamam, hanya melihat dan tidak membalas balik. Selepas peristiwa yang memalukan Tompok itu, Kechek dengan bangga berjalan tanpa menghiraukan Tompok lagi. Padan muka kau Tompok. Hahaha. Kesian seyhh.. Selepas ini, apabila Meksya membaca post aku, pasti dia akan menyerang bilik akuu.. Tidaaaaaakkkkkkkkkkk...!! Lariiii...

Watak-watak didalam POST kali ini:

-Meksya(Ummu Hurairah)
-Tompok si bengis
-Kechek


P/S: Sayangkan kucing biarlah berpada-pada. :D





2 comments:

  1. hahaha unsangkerebel kechek. slama ni malu2 gitu tapi skali brtindak tompok yg samseng itu patah bulunyer.....

    ReplyDelete

nak komen ye..silekan..jangan malu2